Friday, April 16, 2021

CARA MEMAHAMI BAHASA ARAB AL QURAN

 


Jika anda berminat, boleh whatsapp 0196643155 untuk mendapatkan link ke Group chat Telegram Fahami-12 atau email kepada 

alqamar5417@gmail.com




Sunday, March 3, 2013

2. ORANG YANG BERIMAN DAN ORANG YANG RUGI


Bagaimanakah anda ingin mengukur diri anda samaada anda termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman (bertaqwa) atau di kalangan orang-orang yang rugi? Allah telah menjelaskan dua (2) ukuran tersebut dalam beberapa ayat yang akan kita terangkan selepas ini:



Al-Baqarah (2:2)






Al-Baqarah (2:3)


Al-Baqarah (2:4)





Sebelum kita terus bincang berkaitan beberapa ayat lagi untuk mengetahui ciri-ciri orang-orang beriman dan orang yang rugi, ada beberapa persoalan mengenai peranan Al Quran (yang telah kita terangkan sedikit sebanyak dalam topik pertama Penulis (1. PENGENALAN)  dalam hidup harian kita yang mesti kita jawap. Apakah persoalan-persoalan nya?

1. Adakah mencukupi bagi kita untuk hanya membaca Al Quran tanpa memahami ma'ana atau maksud sebenar ayat yang kita baca ?  atau 

2. Adakah mencukupi bagi kita hanya membaca dan memahami ayat-ayat Al Quran melalui terjemahan atau pun kita sudah faham bahasa Arab Al Quran TANPA melaksanakan perintah yang dituntut oleh Allah? atau

3. Adakah  mencukupi bagi kita untuk mengetahui hukum-hukum Allah (yang kita kenali sebagai undang-undang Syariah) yang  disebut dalam Al Quran dengan jelas menerangkan apa yang kita wajib buat dan apa yang kita tidak boleh buat?

Ayat-ayat Al Quran juga jelas menerangkan apakah ganjaran berbentuk pahala yang kita akan dapat ke atas perbuatan dan kerja kita (yang diredhai Allah) dan juga larangan serta hukuman yang akan menimpa keatas orang-orang yang ingkar (cara terang atau bersembunyi) untuk melaksanakan hukum-hukum Allah pada hari pembalasan (hari kiamat) nanti.

Setelah membaca persoalan-persoalan diatas, mari kita lihat ayat-ayat yang menerangkan ciri-ciri orang-orang yang beriman dan orang-orang yang rugi.

Bagaimana untuk menjadi orang-orang yang beriman?

Al-Hujurat (49:15)



Ayat Al-Hujurat (49:15) di atas adalah jelas. Ciri orang-orang yang beriman adalah orang-orang Islam yang bukan hanya yakin dan mempercayai Allah dan Rasulnya (Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi wassalam) secara menyeluruh dan juga menyampaikan dan melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah Azzawajalla. Ayat ini juga, pada dasarnya memberitahu umat Islam untuk membaca al-Quran, memahami dan mengamalkan apa yang Allah tuntut untuk menjadi antara golongan orang-orang yang beriman. 

JANGANLAH kita letak diri kita di kalangan orang-orang yang rugi seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam ayat Al Baqarah (2:121) di bawah:


Al-Baqarah (2:121)






Apakah yang dimaksudkan orang-orang yang rugi?



Yang di katakan orang-orang yang rugi bukan bermaksud orang BUKAN Islam sahaja tetapi TERMASUK orang-orang yang mendakwa diri mereka orang Islam tetapi dengan cara terang-terang atau secara tersembunyi menolak hukum-hukum Islam sebahagian atau sepenuhnya..! Memang amat berat untuk kita semua tetapi kita wajib mengaku bahawa sebagai orang Islam kita tidak ada pilihan..! Kita wajib akur kepada perintah Allah Azzawajalla.

Al An'aam (6:115)






Hukum-hukum Allah yang dinyatakan dalam Al Quran itu telah sempurna, tidak boleh diubah!



Apakah hukuman untuk orang-orang yang rugi yang dijanji oleh Allah?



Al Araf (7:40)








Angkuh dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang tidak peduli, tidak ada usaha untuk memahami maa'na atau maksud ayat-ayat Al Quran dan lebih teruk lagi, tidak menggunakan hukum-hukum yang dituntut oleh Allah atas alasan bahawa pada zaman sekarang, kebanyakan hukum-hukum (dalam bahasa moden - undang-undang) yang di tuntut Al Quran tidak lagi relevan (kerana kita kini hidup dalam masyarakat majmuk dan dalam era teknologi baru dan juga kita mengamal sistem kerajaan demokrasi ) dan Al Quran adalah hanya sesuai pada masa Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi wassalam.

Setiap ayat-ayat Al Quran bila kita baca dab bertadabbur, adalah masih dan tetap relevan dalam kehidupan harian kita. Ayat-ayat yang diturunkan adalah untuk manusia semua (se-hingga akhir zaman) dan bukan untuk waktu tertentu atau untuk golongan tertentu walaupun ayat tersebut merujuk kepada kaum Yahuni atau Nasrani.

Al-Quran mengandungi sejarah dan kehidupan para-para Nabi, peraturan dan juga hukum-hukum Allah untuk mempastikan semua mahluk dalam dunia ini selamat. Allah Maha Mengetahui, Al Quran telah terbukti secara saintifik masih relevan dari dulu, kini dan selama-lamanya. Sila klik ini untuk ke laman web http://www.scienceislam.com/scientists_quran.php mengenai kajian saintifik berkaitan kebenaran Al Quran. Sebab orang Islam mengkaji Islam, mereka masuk Islam sebab mereka mendapat bukti yang nyata ! Kita yang telah dilahirkan sebagai seorang Islam, patut bersyukur Allah memberi kita banyak waktu untuk memahami agama Islam tetapi kebanyakkan kita sia-siakan waktu tersebut dan lebih tertumpu untuk mencari harta dunia. 



Al Imran (3:14)





Bila kita tinggalkan hukum-hukum Allah dan bersama-sama dengan orang yang tidak mahu menerima hukum Allah, kita termasuk dalam kaum Nabi junjungan kita yang telah meninggalkan (tidak dipakai lagi) Al-Quran. Dalilnya adalah seperti berikut:

Al-Furqan (25:30)




Sejarah semasa zaman Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi wassalam,  membuktikan bahawa Madinah ketika itu telah diduduki oleh orang-orang yang berlainan kaum dan agama, Ini bermakna, hukum-hukum Islam telah diamalkan (guna pakai) dan terbukti boleh dilaksanakan semasa zaman Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi wassalam. Malah pelembagaan pertama didunia telah dibuat pada zaman Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi wassalam. Dalam dunia hari ini, hampir semua negara-negara Islam (kecuali 2-3 negara), tidak lagi melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Islam sepenuhnya tetapi hanya digunakan untuk undang-undang perkahwinan, perceraian dan warisan.

Hukum Allah, masih relevan dulu, kini dan selama-lamanya dan ayat Al Furqan (25:30) di atas berkaitan perkara yang belum belaku tetapi telah diberitahu oleh Rasulullah SallaLlahu alaihi wassalam yang umatnya akan mengabaikan Al Quran dan sebenarnya ini sedang berlaku sekarang...!
Jika orang-orang yang rugi tidak mempunyai tempat di syurga (Allah umpamakan yang mereka tidak mungkin masuk surga kecuali bila unta boleh masuk dalam lubang jarum), di manakah mereka akan ditempatkan oleh Allah?
Ayat Al Araf (7:41) menerangkan orang-orang yang rugi itu akan diletakkan di dalam neraka jahanam
Al Araf (7:41)
Siapakah orang yang zalim seperti yang di terangkan dalam ayat diatas?

Luqman (31:13)
 


Zalim bermaksud orang-orang yang menyembah sesuatu selain Allah (perbuatan syirik - mengambil makhluk setaraf kepada Allah). Dalam surah ini, Allah juga membayangkan bahawa syirik tidak hanya bermaksud orang-orang yang menyembah selain Allah, seperti penganut Kristian yang mempercayai Nabi Isa Alaihi salam sebagai anak Tuhan, tetapi termasuk juga mereka yang mengisytiharkan diri mereka sebagai orang Islam  (dan bershahadat "Aku naik saksi tiada tuhan lain yang disembah melainkan Allah") tetapi mengabaikan Al Quran dan menjadikan ia sebagai hiasan dan diabaikan tanpa melaksanakan undang-undang Allah seperti apa yang dinyatakan dalam ayat Al-Furqan (25:30) diatas.

Al Hujurat (49:1)




Bila orang-orang Islam berpaling dari undang-undang Al Quran dengan menggunakan undang-undang manusia yang bercanggah dengan hukum Allah, mereka sebenarnya melakukan  sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau kebenaran Allah dan Rasulnya.

Dalam keadaan lain ini berma'ana bila seseorang itu tidak meletakkan sebarang usaha untuk mempelajari Al Quran dan berpaling jauh daripada hukum Allah walaupun seseorang itu berwatak baik hati, ikhlas, banyak memberikan sedekah kepada yang orang-orang miskin, anak-anak yatim, selalu infaq dan menyumbang wang kepada rumah Allah (masjid) dan seumpamaNya!  Bagaimana Allah akan menghakimi mereka?

Allah secara jelas menerangkan kedudukan mereka dalam Surah Al-Kahf ayat 103-105 bahawa semua perbuatan mereka adalah sia-sia sahaja...!

Al-Kahf (18:103 - 105)
Mengapa Allah tidak terima amalan mereka?



Ar-Rum (30:7)



Allah juga mengingatkan kita dalam surah Al-Hadid (57:20) di bawah bahawa jika kita hidup di dunia ini hanya untuk bermain, bersukan, berseronokan, bermegah-megah, bersaing dalam mengejar kekayaan dunia dan anak-anak, menunjukkan kuasa dan lain-lain, adalah satu kerja yang tidak akan tahan selamaNya. Seperti tumbuh-tumbuhan, ia akan berkembang hijau selepas hujan dan akhirnya akan menjadi kuning, kering dan akan hancur.
Hukuman bagi orang-orang ingkar dan zalim (syirik akan Allah) adalah sangat teruk di akhirat. Ayat ini jelas mengingatkan kita agar tidak terperangkap dalam dunia keseronokan.
Jangan lepaskan Al Quran dan Sunnah dalam kehidupan kita...!
Al-Hadid (57:20)



Apa yang kita perlu lakukan untuk mendapat keredhaan Allah! Adakah ia sukar? Senarai yang apa kita wajib buat (sedikit sebanyak, sebab banyak lagi yang wajib kita buat) adalah seperti apa yang Allah terangkan dalam ayat berikut:

Al-Ahzab (33:35)




TerjemahanNya

Ayat diatas adalah tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan setelah menikmati apa yang Allah telah berikan kepada kita di dunia ini:



  1. Mengabdikan diri kita kepada Allah;
  2. Percaya pada keesaan Allah (tidak syirik terhadap Allah);
  3. Taat kepada Allah (taati undang-undang Allah, Sunnah RasulNya, melakukan solat harian yang wajib ke atas kita dan sealiranNya);
  4. Jujur dalam ucapan dan perbuatan kita (tiada pembohongan, ikhlas dalam segala perbuatan dan pemberian dan sebagaiNya);
  5. Bersabar dalam melaksanakan semua kerja-kerja yang Allah telah arahkan (berkerja untuk dapat rezeki halal dan beribadah) dan menjauhkan diri daripada semua yang Allah larang (tiada riba, tiada alkohol, makan hanya yang halal, tidak menipu dan lain-lain);
  6. Hormat dan bersangka baik sesama manusia tidak kira bangsa, agama atau taraf kedudukan kita;
  7. Bersedekah (bayar fitrah, zakat dan lain-lain) dengan ikhlas;
  8. Berpuasa dalam bulan Ramadhan;
  9. Jaga kesucian diri daripada perbuatan yang menyalahi hukum-hukum Allah seperti melaku kegiatan sek terlarang (tanpa nikah ia-itu zina), berhati-hati dengan kata-kata kita dan selalu membaca Al-Quran (dan memahaminya), selalu memuji Allah (menzikir Asmak' Al Husna) dan lain-lain.

Berdoalah selalu kepada Allah agar kita tidak berada di kalangan orang-orang yang Allah murkai..! Berdoa agar Allah tidak tutup hati, pendengaran dan mata kita seperti yang Allah nyatakan dalam ayat Al-Baqarah (2:7) dibawah. Jika Allah tutup semuanya, kita tidak akan dapat menerima petunjuk Allah (satu daripada hukuman Allah ke atas kita didunia) dan akan terus berfikir apa yang kita lakukan termasuk kebaikan-kebaikan didunia ini (rujuk Al-Kahf (18:105) di atas) adalah baik belaka tetapi sebenarnya TIDAK diterima oleh Allah.

Al-Baqarah (2:7)
Jika anda adalah ketua dalam keluarga anda, ini menjadi satu tanggung jawap pada anda untuk pastikan keluarga anda termasuk dalam kalangan mereka yang beriman (dan bertaqwa) dan BUKAN di kalangan mereka yang rugi.
Bertaqwalah kepada Allah..!
Al-Maidah (5:55)



Setelah kita mengetahui penting nya untuk kita memahami Al-Quran, apakah balasan Allah kepada orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini tanpa memahami Al Quran? Allah menjawab persoalan ini dalam Surah Al Baqarah (2:141) seperti berikut:

Al-Baqarah (2:141)

Selalulah berdoa kepada Allah agar kita sentiasa berada dalam landasan yang benar ! Dan jika anda mempercayai apa yang Allah minta anda lakukan dalam Al-Baqarah (2:254) termasuk hadith Rasulullah SallaLlahu alahi wassalam berikutnya, kongsilah  maklumat ini dengan rakan-rakan dan saudara mara anda. Semoga Allah memberkati dan merahmati tujuan kita bersama, Insha'Allah.
Hadith RasuluLlah:

بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
Hadith Rasulullah SallaLlahu alaihi wassalam "Sampaikan bagi saya walaupun ia adalah satu ayat!" (Sahid Bukhari). Hadith ini menekankan kepentingan memperoleh pengetahuan Al-Quran dan Hadis dan menyampaikan kepada orang lain. Tanpa mengira sama ada seseorang mempunyai pengetahuan yang sedikit atau banyak, dia mesti menyampaikan maklumat itu kepada orang lain. Tidak terdapat justifikasi untuk mengkatakan yang arahan Allah kepada orang-orang yang mahir dalam bidang ini sahaja. Ia adalah satu kewajipan kepada setiap Muslim untuk belajar sesuatu dan menyampaikanNya.

Gunalah carta ini untuk bertaddabur ....

CARTA TADDABUR

Tujuan carta ini adalah untuk menyenangkan anda yang ingin bertaddabur dan berkongsi surah dan ayat-ayat berkaitan topik ini dengan saudara mara dan rakan-rakan anda.





HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA..ALLAHU AKBAR!