1. PENGENALAN - AL-QUR'AN MUDAH DIFAHAMI


Assalamualaikum para pembaca..! Penulis mengucapkan selamat datang ke laman blog ini. Terdapat 49 dalil-dalil (ayat) al-Qur'an yang diguna untuk tujuan menerangkan wajib kita faham bahasa al-Qur'an, oleh demikian Penulis berharap pembaca dapat membaca tulisan dalam blog ini perlahan-lahan agar dapat faham tujuanNya. 

Eloklah sebelum kita mula bacaan topik ini, kita baca al-Fatihah sekali, agar Allah buka hati kita untuk memahami nya. Al-Fatihah ,,,!


Ibrahim (14:1) 

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Ar-Ra'd (13:1)



1. Alif, Laam, Miim, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.


Apa yang berlaku pada hari kini, membaca al-Qur'an adalah amalan harian bagi kebanyakkan kaum Muslimin tetapi ada satu persoalan yang amat penting yang perlu dijawab.....? Kebanyakkan kita (umat Islam) ketika membaca al-Qur'an sebenarnya tidak memahami apa yang kita baca..!. Mengapa ini terjadi..? Jawapan yang paling biasa kita dengar adalah bahawa, kita bukan berbangsa Arab,  maka mana mungkin kita boleh memahami bahasa Arab al-Qur'an tanpa mempelajari Nya.?.
Entah bagaimana, terdapat guru agama/al-Qur'an (terutama di Malaysia dan di beberapa negara lain di Asia) mempercayai  bahawa membaca al-Qur'an tanpa memahami pengertian ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an  (teks al-Quran) tersebut, si-pembaca  masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah SWT.  Malah, menurut mereka, Allah akan memberi ganjaran (pahala) sebanyak sepuluh (10) kali ganda bagi setiap abjad (huruf tulisan Arab) ketika ia membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut. (memang terhadap hadith mengenai pahala membaca al-Qur'an).
Berlawanan dengan fahaman yang dinyatakan tadi, terdapat juga guru-guru agama/al-Qur'an yang berpendapat  sebaliknya. Mereka berpendapat, jika kita membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya,  kita bukan sahaja tidak akan mendapat apa-apa ganjaran (pahala), malah al -Qur'an (maksudnya, PenciptaNya, ia-itu Allah) akan menlaknat kita dan akan mengambil perbuatan kita itu sebagai bukti terhadap diri kita pada hari kiamat nanti sebab kita tidak meletakkan apa-apa usaha untuk cuba mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab.

Penulis tak berani membuat pendapat sendiri mengenai pahala membaca al-Qur'an sebab hanya Allah yang boleh menentukan tetapi ikut akal memang tak logik seorang itu membaca apa yang ia tidak faham tanpa usaha untuk belajar untuk memahami nya. Ini lah sebab utama mengapa Penulis memutuskan untuk menulis dan berkongsi dalil-dalil al-Qur'an yang sempat di pelajari berkaitan wajib kita faham bahasa Arab al-Qur'an terutama sekali untuk memberi kesedaran kepada orang-orang Islam yang berpelajaran.

Apabila kita melihat di dalam kamus Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/ Reading_ (process) , apakah yang di takrifkan dengan perkataan " Membaca atau baca". Penjelasan yang berikut muncul :-
"Membaca adalah satu proses kognitif kompleks simbol penyahkodan (decoding) untuk membina atau mendapat makna ( kefahaman membaca ) atau secara ringkas, membaca adalah satu proses di mana kita mendapatkan maksud atau dalam bahasa mudah, " BACA UNTUK MEMAHAMI....".
Bila kita guna kamus online Dewan Bahasa & Pustaka pula, .."Baca atau membaca" di takrifkan sebagai "…membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis..".
Kedua-dua kamus memberi maksud yang sama, ia-itu ....memahami adalah untuk memahami apa-apa yang tertulis…!
Jadi, membaca al-Qur'an tanpa memahami maksudnya adalah :-

a) seperti membaca sebuah buku berbahasa Korea, walaupun seseorang itu memahami simbol-simbol teks Korea tetapi tidak faham apa yang dia baca ....!  Dari segi logik nya, adakah si-pembaca mendapat apa-apa faedah..? Sudah tentu tidak..! 

b) sama juga jika kita belajar sains, kita hendaklah faham apa yang kita belajar. 

c) bolehkah seorang guru mengajar ilmu sains dalam bahasa (sebagai contoh ...bahasa Korea) yang tidak boleh difahami oleh anak-anak murid nya? Apakah manfaat Nya? Budak-budak kecil yang membaca komik pun, juga mahu faham apa yang dia baca ! Biasa nya anak-anak kita yang masih belum boleh membaca, akan tanya jalan cerita nya. 

Tetapi persoalan nya (seperti yang Penulis kata pada permulaan tulisan ini...mengapa bagi al-Qur'an, kita dibolehkan baca tanpa faham...? Kan pelik..? Siapakah yang mengeluarkan fahaman dimana membaca al-Qur'an tanpa memahami nya tak mengapa,  malah masih dapat pahala..?
Jika niat si-pembaca adalah untuk menghafal terlebih dahulu ayat-ayat al-Qur'an dan kemudian mempelajari bahasa Arab al-Qur'an agar mereka boleh memahami apa yang mereka baca, kita boleh terima jawapan ini ....tetapi jika dia membaca al-Qur'an tanpa memahami apa yang dia baca dan TANPA USAHA UNTUK BELAJAR BAHASA AL-QURAN dan hanya menjadikan al Quran itu  sebagai bacaan amalan harian (....yang lebih menakjubkan, boleh pulak memperuntukan masa nya  dengan mempelajari tajwidnya (dari muda hingga ke tua...bertaranum dan sebagainya), sebenarnya dia tidak akan dapat menggunakan ilmu yang diturunkan oleh Allah dalam al-Qur'an. 

Hukum-hukum al-Qur'an mesti diambil sebagai panduan kehidupan kita semasa didunia bertujuan, untuk buat persiapan bagi akhirat kelak..!  Ini dinyatakan dalam beberapa ayat al-Qur'an..! 

Kita lihat apa yang terjadi sekarang, ......peperangan, orang Islam bermusuhan semasa sendiri, fitnah menfitnah dan sebagainya..! Perbuatan-perbuatan keji ini telah  menjadi sebahagian kehidupan kita (...tanpa rasa takut akan dosa yang Allah janjikan bila kita ingkar..) dan kehidupan kita pula, tanpa mengikut hukum-hukum Allah. 

Ada yang mengatakan kita mesti lihat pada realiti......seolah al-Qur'an itu sudah lapuk dan hukum-hukum Allah hanya boleh digunakan pada zaman Nabi sahaja dan bukan zaman sekarang..ia itu zaman dunia berteknoloji tinggi...??? Manusia tidak rasa takut akan amaran Allah kepada orang-orang yang ingkar (kafir) terhadap hukum-hukum Nya.  

Entah mengapa, banyak diantara kita yang boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari kitab-kitab ulamak terkenal dan muktabar (..memang tidak salah dan Alhamdulillah, digalakkan...) tetapi pada masa yang sama, tidak memperuntukan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an untuk menjamin apa yang kita pelajari nanti (...termasuk buku-buku ulamak) mengikut hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an.

Mungkin ada yang akan berkata," Siapakah kita untuk mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar..? Ini bukan isu mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar (...para ulamak adalah perwaris Nabi dan lebih elok kita tidak mempersoalkan kewibawaan mereka..) tetapi yang menjadi persoalan nya... mengapa kita boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu yang ditulis oleh ulamak-ulamak muktabar TETAPI tidak ada masa untuk memperuntukkan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an yang dituntut oleh Allah..! 
Mungkin kebanyakan orang akan berkata, " Kita boleh baca terjemahanNya ..! " PersoalanNya, adakah kita pasti bahawa terjemahanNya boleh menjelaskan maksud sebenar ayat al-Qur'an tersebut..? Lagi, adakah kita pasti yang kita akan melihat terjemahanNya pada setiap bacaan yang kita buat dan bolehkah kita kaitkan satu ayat dengan ayat yang lain tanpa bertaddabur (..menjawap persoalan melalui ayat-ayat Allah) sebab al-Qur'an diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibra'il secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita Muhammad SAW..?
Ya! al-Qur'an bukan sahaja satu panduan hidup bagi umat Islam tetapi iaNya adalah panduan hidup untuk manusia sejagat (mankind). Apa yang berlaku di dunia sekarang (..seperti yang dikatakan tadi ia-itu perperangan, fitnah memfitnah dan sebagainya....) adalah disebabkan manusia sejagat tidak menggunakan al-Qur'an sebagai panduan hidup. Mungkin kita boleh kata begitu kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri pun tidak mengunakannya. Malah ada orang Islam yang mengangkat atau memutabatkan undang-undang ciptaan manusia daripada hukum-hukum Allah. Ketika diakhirat nanti, apa Nabi akan kata mengenai umatNya..!

Al-Furqan (25:30)




Allah juga berfirman dalam beberapa ayat lagi.

Al-A'raf (7:54)


7:54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang menc`ipta dan mentadbirkan sekalian alam (manusia, jin dan sekelian yang melata)

Al-A'raf (7:52)

7:52. dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman.

 Al-A'raf (7:51)



7:51. (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan kami.

Kita kena faham ayat diatas bukan khas untuk orang Yahudi sahaja, tetapi kita juga kena lihat ayat tersebut mengikut realiti sekarang..! Terdapat juga orang-orang Islam sendiri menjadikan perkara agama sebagai hiburan yang melalaikan..! Perhatikan apa yang sedang belaku sekarang dan rumuskanlah sendiri..! Ini adalah satu perkara sensitif untuk dibincangkan.
Al-Maidah (5:41)



41. Wahai Rasul Allah! janganlah Engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang Yang segera menceburkan diri Dalam kekufuran, Iaitu dari orang-orang Yang berkata Dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang Yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) Yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya Yang sebenar. mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka Terimalah Dia, dan jika tidak disampaikanNya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka Engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang Yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang besar.

Jika kita tidak faham apa yang Allah katakan di dalam al-Qur'an, ini bermaksud kita akan bergantung pada guru-guru agama dan al-Qur'an yang mungkin juga tidak memahami bahasa Arab al-Qur'an tetapi disebabkan sistem pengajian dinegara kita, guru-guru tersebut masih layak untuk mengajar al-Qur'an. Dengan bergantung kepada mereka, kita berkemungkinan mempersamakan diri kita dengan apa yang orang-orang Yahudi dan Kristian lakukan, kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pendita-pendita mereka untuk semua perkara agama.! Bagi orang-orang Kristian, selagi mereka beriman bahawa Nabi Isa (Yesus) itu adalah anak Allah, mereka akan tetap pergi ke syurga tanpa hisab dan bagi orang-orang Yahudi pulak, mereka mengganggap diri mereka sebagai orang-orang yang terpilih oleh Allah dan mereka akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab (...jika masuk pun, hanya untuk 40 hari ia-itu disamakan dengan waktu Nabi Musa mendapat wahyu Kitab Taurat) yang mereka pernah lakukan (termasuk membuat kerosakan dimuka bumi Allah). Allah telah menyebut hal ini dalam Ayat 2:111 anda Ayat 2:11

Al-Baqarah (2:111)



 Al-Baqarah (2:11) 

11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".

Jika kita lihat apa yang sedang berlaku sekarang didunia ini, negara manakah yang mengatakan mereka adalah polis dunia..? Tetapi sebenarNya, mereka lah yang banyak berbuat kerosakan didalam dunia ini dengan menyerang negara-negara tanpa bukti dan tanpa alasan sebenar. Disebabkan mereka negara berkuasa besar, walaupun mereka silap (menyerang tanpa bukti sebenar...), tiada tindakan diambil. Perkataan " Might is right..! atau Kekuatan itu adalah kebenaran" menjadi realiti dunia sekarang. Allah telah menyatakan ini dalam ayat 2:11 diatas.

Selain itu, mari kita lihat ayat-ayat ini berkaitan perkara yang sama:


Adh-Dhariyat (51: 8 -11)



 Lagi

Al-Isra (17:36)





Al-Hujraat (49:1)






Ayat 49:1 adalah jelas.....jika tiada hukum atau hadith berkaitan sesuatu hukum, lebih elok kita tidak memandai-mandai melakukan sesuatu perkara. Walaupun ulamak boleh beristihad dan sebagainya, tetapi tidak sekali-kali mereka boleh mengubah hukum Allah seolah mengikut realiti atau keadaan semasa. Sebagai contoh, pada zaman sekarang, ada yang berkata, "...tak apa kita mengambil riba sebab kita dalam keadaan dharurat atau tak apa ambil riba sebab mas'lahah (permasa'lah umum) atau yang lebih berat, tak apa ambil riba sebab jika kita haramkan saham (..dimana pendapatanNya, banyak berunsur riba..) ini akan menjejaskan ekonomi kaum kita dan sebagainya". Allah telah memberi amaran yang jelas melalui ayat 49:1

 
Al-Baqarah (2:121)



Yang Penulis amat risau adalah berkaitan ayat seterusnya ia-itu at-Taubah (9:17) dibawah. Allah telah beri amaran kepada orang-orang yang menjaga masjid-masjid. Adakah mereka memakmurkan masjid-masjid mengikut apa yang Allah perintah? Mengapa Allah kata tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah??  Kita kena takrif apa yang Allah kata dua (2) perkataan ini " kafir musyrik" (sila lihat ayat at-Taubah 9:17) dibawah :-



At-Taubah (9:17)





Orang yang faham bahasa Arab al-Qur'an menterjemahkan ayat diatas seperti berikut :-

Dua perkataan yang perlu di analisakan ia-itu "kafir musyrik". Perkataan  "kafir" maksud nya "ingkar - tidak patuh". Jika kita tidak ikut hukum Allah, kita termasuk orang-orang yang ingkar (kafir - definasi nya bukan sahaja bagi orang bukan Islam tetapi termasuk orang Islam yang tidak terima atau tidak mengamal hukum-hukum Allah). "Musyrik" pula, bermaksud orang yang syirik (termasuk orang-orang munafik) kepada Allah.

Adakah yang dikatakan orang kafir musyrik itu orang-orang yang mentadbir masjid-masjid (termasuk AJK-AJK atau penguasa Masjid) yang telah diberi amanah tetapi tidak memakmurkan masjid dengan kuliah-kuliah agama atau menghalang kuliah-kuliah agama, tiada pengajian al-Qur'an dan sebagainya walaupun telah diamanahkan kepada mereka?

Dan,  adakah ini termasuk AJK-AJK yang hanya menjemput penceramah-penceramah yang menguna berbagai kitab-kitab sahaja (....sila lihat kembali ayat 5:41, 2:121, 51:8-11, 17:36 dan 49:1)  tetapi tidak memperuntukan atau tidak mencari guru untuk mengajar kefahaman al-Qur'an..

Yang kita risau juga adalah, jika ilmu yang diajar oleh Ustaz-ustaz tanpa dalil, AJK AJK masjid juga akan tanggung dosa juga seperti yang di firman oleh Allah dalam ayat 16:25

An-Nahl (16:25)


SebenarNya bila kita baca dan fahami ayat 9:17,....begitu besar tanggung jawap AJK-AJK Masjid. Kadang-kadang kita hairan mengapa terdapat di Malaysia, ada orang-orang yang hendak rebut jawatan AJK Masjid sebab apabila kita lihat ayat 9:17, ....terasa gerun untuk memegang tanggung jawap itu...terlalu berat, terutama sekali apabila Allah firman...rosak amalan mereka dan mereka kekal dalam neraka..!.

Kita berharap, tafsiran diatas tidaklah begitu..! Penulis sebenarNya tidak berani memberi pendapat nya mengenai ayat 9.17 tetapi bila kita lihat ayat berikutNya, besar berkemungkinan... tafsir yang dinyatakan diatas adalah benar.

(...Penulis juga sebenarnya cukup takut bila membaca ayat 16:25 sebab terasa takut ada tulisan-tulisan Penulis dalam blog ini yang salah atau tersalah tafsir oleh Pembaca. Semoga Allah memberi hidayah dan pentunjuk sentiasa kepada Penulis dan Pembaca semua....)

At-Taubah (9:18)




Ayat diatas menegaskan orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman. Maksud orang yang beriman banyak terdapat dalam al-Qur'an tetapi boleh kita rumuskan orang yang beriman adalah apa yang dimaksudkan dalam ayat 49:15, 2:121 dan 2:2

Al-Hujurat (49:15)



Al-Baqarah (2:121)



  Al-Baqarah (2:2)





 Ayat 2:2 menegaskan al-Qur'an adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa..! Untuk jadi orang yang bertaqwa yang utama sekali adalah kita mesti faham al-Qur'an. Jika kita tidak faham dan tidak mengambil hukum-hukum yang terdapat dalam al-Qur'an.... amat berat bagi kita untuk menjadi orang (hamba) yang memenuhi kriteria Allah, untu menjadi orang-orang yang bertaqwa dan beriman.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Melihat ayat-ayat diatas, Penulis tetap dengan pendirianNya yang memahami al-Qur'an (...ini bermaksud memahami bahasa Arab al-Qur'an) adalah wajib. Penulis akan terus cuba memahamiNya bahasa Arab al-Qur'an walaupun berlajar secara pelahan-lahan. 

Hendaklah difahamkan yang apabila kita mempelajari al-Qur'an kita juga mesti mempelajari hadith Rasulullah S.A.W. Qur'an dan sunnah Nabi adalah rujukan utama kita seperti yang Allah sebut dalam al-Baqarah 2:129 iaitu doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:

Al-Baqarah (2:129)



Atau yang paling jelas adalah ayat ini



Al-Nisa (4:61)


Yang dikatakan ..mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) adalah melalui hadith dan sunnah Nabi. Banyak lagi ayat-ayat berkaitan sunnah Nabi tetapi Penulis suka memilih ayat 2:129 dan ayat 4:61 untuk menerangkan yang Nabi-Nabi terdahulu pun mengajar melalui kitab-kitab (cara tertulis atau pun tidak) mereka. 
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. pembelajaran adalah melalui hadith dan sunnah (perbuatan) beliau. Bila Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu Allah (..sebagai Nabi terakhir) semua hadith (jika ada) dan sunnah Nabi-Nabi terdahuluNya tidak boleh dipakai lagi dan kita hanya terima hadith (yang sahid) dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W. sahaja. Penulis, hairan mengapa ada dikalangan kita di Malaysia yang menolak hadith (...berpendirian hanya ambil al-Qur'an sebagai rujukan) walhal ayat diatas adalah jelas.


Sekarang mari kita lihat apa yang Allah dimaksud mengenai syirik?

Al-Baqarah (2:165)




 
Dua perkataan yang kita kena lihat diatas adalah ...mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya). Memuja bermakna mengambil sesuatu yang terang seperti patung-patung, selain itu, bila mereka kata Nabi Isa itu adalah anak tuhan dan seumpamaNya tetapi perkataan mentaati itu besar maknanya. Bila kita tanya guru-guru agama apa maksud "mentaati..?", mereka mengatakan "perbuatan mentaati" adalah sama dengan perbuatan-perbuatan yang kadang-kadang kita tidak sedar atau sedar,  tetapi buat-buat tidak sedar, seperti berikut: 

a) ....sudah masuk waktu solat tetapi bos kita (tak kira orang Islam atau bukan Islam) berkata' "..mensyuarat ini adalah mustahak dan semua orang kena berada dalam mensyuarat ini, tidak boleh keluar...." Bila masuk waktu solat, ...sebab takut dengan bos (..satu perbuatan syirik pada tempatnya ia-itu sebab takut dengan bos kita tidak mengerjakan solat wajib), kita mungkin telah mensyirikan Allah;

b)...kita memuja artis-artis pop berlebih-lebihan, tahu nama-nama mereka (mengetahui profil peribadi artis-artis berikut) tetapi sebalik nya ...tidak tahu akan nama-nama Allah 99;

c)... kita mengambil selain daripada hukum Allah sebagai panduan hidup, dan yang utama sekali

d)...kita tidak mengambil al-Qur'an sebagai rujukan utama kita dalam pembelajaran kita sebab syirik adalah satu-satu dosa yang Allah tidak akan ampun melainkan mereka bertaubat atau ....sempat bertaubat.

e) ..kita buat menyerupa apa orang bukan Islam buat. Contoh, pada perayaan Christmas, kita menyambut nya dengan memakai baju Santa Claus dan menyebut ...Merry Christmas semua..!

Kita hendaklah selalu berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang Alalh murka. Allah berfirman:-

Al-Araf (7:146)



Allah beri peringatan yang kita wajib memikir, memahami dan mengambil isi al-Qur'an sebagai pegangan hidup sebab al-Qur'an itu, datang daripada Allah.

Al-Nisa (4:82)



Hendaklah kita selalu beristiqfar (..ingat istiqfar itu bukanlah hanya dibuat melalui bilangan, contoh 70x selepas solat ) tetapi pada setiap kali kita buat perkara yang boleh mendapat kemurkaaan Allah...biasanya setiap hari seperti kita mengumpat, memfitnah, mengiyakan fitnah orang, pada zaman facebook dan whatapps - bila kita "forward" gambar-gambar atau cerita-cerita yang boleh di takrifkan sebagai fitnah (tak kira perkara itu benar atau pun tidak).. melihat perkara yang tak patut kita lihat...dan sebagainya...kita terus beristiqfar agar Allah ampun dosa kita bila kita sedar dan rasa menyesal. Ini akan berlaku berulang-ulang kali. Bila masuk waktu solat, kita solat dan berdoa agar Allah ampun dosa-dosa kita yang telah kita buat  (sengaja atau pun tidak) sebelum masuk waktu solat tersebut.


SEKARANG kembali kepada topik kita mengapa Penulis kata wajib kita memahami bahasa Arab al-Qur'an ....?
Bagi orang-orang Islam, Allah tuntut lebih daripada hanya mengambil al-Qur'an sebagai bahan bacaan harian tetapi al-Qur'an adalah untuk panduan hidup kita seperti yang telah Penulis sebut beberapa kali sebelum ini.

Apabila guru-guru agama /al-Qur'an terus memegang pendapat mereka "…tidak mengapa untuk membaca al-Qur'an tanpa memahami Nya dan si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah.., secara tidak langsung guru-guru agama/al-Qur'an ini akan dipertanggungjawapkan kerana menukar kata-kata (ayat) Allah...! (... sama seperti Yahudi bergantung kepada Pendita-Pendita yang terlebih dahulu daripada mereka seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat 5:41 dan beberapa ayat lain diatas). Impak kepada umat Islam dalam jangka panjang (malah sekarang telah terbukti terjadi…), ia lah apabila umat Islam yang mempercayai apa guru-guru agama/ al-Qur'an mereka katakan, menyembabkan mereka terus merasa selesa dengan keadaan demikian dan tidak akan meletakkan sebarang usaha untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Qur'an.  
Ramai orang Islam sekarang tidak prihatin untuk memperuntukkan masa dan perbelanjaan untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an tetapi sebaliknya memberi keutamaan (..peliknya prihal ini, mereka ada masa dan wang) untuk menaikan taraf diri mereka untuk mendapatkan sijil pengajian sekular diperingkat diploma, ijazah, Masters, PhD dan menjalani kursus-kursus pengurusan teori barat untuk duniawi yang tidak berasas daripada ilmu yang terdapat dalam al-Qur'an.
Walhal, Allah berjanji dalam ayat-ayat berikut:-
Al-A'raf (7:96)



96. dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.

Al-A'raf (7:179)



179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Allah berfirman, orang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah.!) Mengapa Allah berfirman demikian? Jika Allah tidak wajibkan orang Islam memahami ayat-ayat Allah, Allah tidak berfirman demikian !

Allah juga berfirman...Yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar kebenaran...Mereka adalah seperti binatang ternakan (...ada terjemahan yang mengatakan macam lembu..) atau lebih teruk daripada itu..!

Al-Anaam (6:115)

115. dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) Dengan benar dan adil; tiada sesiapa Yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah Yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Al-Anaam (6:116)

 
116. dan jika Engkau menurut kebanyakan orang Yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Maksud ayat Al- Anaam ( 6:115 ) adalah jelas ..! Tiada siapa yang boleh menukar firman-firman Allah di dalam al-Qur'an. Al-Qur'an telah disempurnakan dan ia adalah firman Allah yang relevan bukan sahaja dahulu (pada zaman Nabi) tetapi sekarang, akan datang atau bila-bila sahaja se-hingga hari kiamat. Jelas sekali dengan hujah-hujah yang akan Penulis bentangkan nanti (... Penulis akan buktikan melalui banyak lagi dalil-dalil yang berkaitan) bahawa umat Islam WAJIB memahami bahasa Arab al-Qur'an.
Dalam surah Al- Anaam (6:116 ), Allah berfirman , ... jika kita mengikuti apa yang majoriti orang-orang yang ingin mengatakan, sebagai contoh " Kita tak perlu memahami bahasa Arab al-Qur'an sebab kita boleh melihat dan membaca terjemahan Nya, ..apa yang penting adalah kita wajib mengerjakan solat (.....walaupun tanpa memahaminya apa yang kita baca kerana Allah mengetahui apa niat kita, perbuatan dan mintaan kita…), puasa dibulan Ramadhan, membayar zakat dan sebagainya". Apa yang mereka katakan itu disebabkan mereka terkelirukan dari jalan apa yang Allah tuntut daripada mereka.
Alasan bahawa kita tidak boleh berbahasa Arab sebab kita bukan orang Arab tidak boleh dijadikan sebab mengapa kita tidak perlu memahami bahasa Arab al-Qur'an. Penulis tanya beberapa rakan Arab soalan ini, " Jika bahasa Arab adalah bahasa ibunda anda tetapi anda tidak mempelajari al-Qur'an, bolehkah anda memahami ayat-ayat al-Qur'an... ?" Tidak pasti sama ada pendapat mereka adalah muktamad tetapi mereka semua berkata yang mereka hanya boleh memahami lebih kurang 10-20 % daripada maksudnya sahaja ...!  Ini bermakna, orang yang Arab pun mesti mempelajari bahasa Arab al-Qur'an ….. jadi tidak ada alasan lagi bagi kita yang bukan bangsa Arab untuk tidak mempelajari bahasa Arab al-Qur'an.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur'an di mana Allah menuntut orang yang beriman untuk baca, memahami dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah . Dari pengalaman Penulis setelah menjalani beberapa sesi pembelajaran kelas bahasa Arab al-Qur'an, Alhamdulillah, Penulis merasakan bahawa mempelajari bahasa Arab al-Qur'an itu adalah benar-benar mudah (semua orang yang yakin boleh melakukannya ...) sebagaimana yang dijanji mudah oleh Allah ..! Apa yang anda perlukan bila mempelajarinya,  adalah semangat yang kuat, konsisten (istiqomah) dalam pembelajaran anda dan jangan lupa berdo'a dengan cara berterusan agar Allah sentiasa membimbing kita dan menjadikan proses pembelajaran kita lebih mudah. Lebih baik kita mempelajarinya ketika kita masih muda, bukan selepas bersara sebab mempelajarinya bahasa Arab al-Qur'an memerlukan ingatan yang kuat juga, bila kita sudah berumur, mungkin lembat sikit ingatan kita.
Dalam blog ini, Penulis akan membentangkan semua dalil-dalil (.. ayat-ayat Qur'an yang berkaitan ) yang menjelaskan mengapa penting bagi umat Islam untuk mempelajari bahasa Arab al -Qur'an dan Penulis berharap, semua pembaca blog ini boleh berkongsi alamat blog ini dengan orang lain, semoga mendapat keredhaan Allah.
Untuk memulakan penjelasan kita, mari kita lihat surah al-Qamar seperti berikut:

Al Qamar (54:17)


17. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Ayat yang sama diulang empat (4) kali di dalam surah Al-Qamar iaitu selain daripada Al-Qamar (54:17), anda boleh membaca ayat yang sama diulang dalam surah yang sama 54:22, 54:32 dan 54:40. Selain itu, ada dua (2) lagi ayat yang mengesahkan bahawa Allah telah menurunkan al-Qur'an dalam bahasa Arab supaya anda (... semua umat Islam) boleh faham.

Yusuf (12:2)

2. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Al-Zukhruf (43:3)

3. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

Allah menegaskan bahawa perkataan ".. bahasa Arab .." dan "... faham .." di dalam semua ayat di atas. Jadi apakah maksudnya..? Sesungguhnya, Allah menjamin bahawa al-Qur'an adalah mudah untuk pelajari, mudah difahami dan mudah untuk diingati. Bukankah ini satu pertunjuk yang Allah memerintah umat Islam mempelajari dan memahami al-Qur'an. Jika bukan, mengapa Allah ulang ayat yang lebih kurang sama beberapa kali...?
Kita tahu bahawa ramai umat Islam di seluruh dunia dari tua hingga ke-muda, mampu menghafal lebih daripada 6,500 ayat-ayat al-Qur'an di dalam hati berbanding pengamal kitab-kitab agama lain seperti Taurat, Injil dan sebagainya. Bagaimana orang Islam boleh melakukannya tetapi tidak bagi orang-orang Kristian atau Yahudi tidak boleh...? Ini kerana Allah telah memberi jaminan yang al-Qur'an itu senang dibaca, ingat dan difahami….! Selagi anda percaya ini, anda pasti boleh melakukannya.
Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam boleh berbangga mempunyai banyak al-hafiz (..boleh hafal al-Qur'an dalam hati) tetapi entah bagaimana ramai juga diantara para hafizan kita yang tidak memahami apa yang mereka hafal.

Az-Zumar (39:23)



23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.
Menurut ayat di atas, orang-orang yang memahami al-Qur'an .... kulit badan orang yang takut pada Allah akan menjadi seram sebab mereka memahami apa yang mereka baca..! Mereka tahu bahawa terdapat banyak ayat-ayat mengenai hukuman Allah ke atas orang-orang ingkar (kafir).

Penulis yakin bahawa Allah tidak akan turunkan ayat 39:23  kecuali jika Allah mahu umat Islam  memahami bahasa Arab al-Qur'an ...! sebab bagaimana untuk rasa takut akan ayat Allah apabila kita membaca al-Qur'an tanpa memahami makna nya ..?

Sebelum kita teruskan perbincangan ini, istilah bahasa Melayu bagi kafir sebenarnya adalah "..ingkar atau derhaka". Sepatutnya perkataan " ingkar" diguna untuk terjemahan dalam bahasa Melayu tetapi dalam terjemahan al-Qur'an bahasa Melayu, perkataan "kafir" telah digunakan. Semua orang Melayu perlu memasukkan dalam minda  mereka bahawa perkataan " kafir... " bukanlah satu perkataan kursus untuk orang bukan Islam seperti Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain tetapi perkataan " kafir " juga digunakan bagi orang Islam YANG TIDAK PERCAYA , TIDAK PERDULI DAN TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM-HUKUM ALLAH seperti yang dituntut oleh Allah dalam al-Qur'an. Sebenarnya perkataan " kafir " dan " kufur " adalah sinonim tetapi "kufur" adalah perkataan yang biasa digunakan bagi orang-orang  Islam yang ingkar  dan perkataan "kafir" pula, hanya digunakan bagi orang bukan Islam. 

Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa kita tidak boleh melabelkan seseorang itu sebagai " kafir " atau " kufur " dengan sewenang-wenangNya. Malah, adalah lebih baik bagi kita sentiasa berdoa kepada Allah agar membuka hati seseorang itu (.. kawan atau seseorang yang tidak memahami agama Islam atau mereka yang menentang agama Islam) untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar atau terbuka hati mereka untuk mengambil Islam sebagai pegangan hidup mereka.

Sekarang, mari kita teruskan perbincangan kita.

Seperti dikatakan, ramai di antara kita mempunyai diploma, ijazah , PhD dan ada yang boleh bertutur dalam beberapa bahasa lain tetapi dengan kelayakan itu, masih lagi ada orang yang tidak memahami bahasa al-Qur'an bahasa Arab ...? Sebab apa…mungkin kita menganggap al-Qur'an tidak boleh memberi jaminan bagi kehidupan kita didunia..? Al-Qur'an tidak boleh menjamin kita mendapat jawatan dan kedudukan duniawi. Al-Qur'an hanya dibaca sahaja tanpa diamal..? Nauzubillah...janganlah sekali-kali terlintas dalam hati kita, al-Qur'am sudah tidak relevan di zaman ini.

Sebagai contoh, surah al-Fatihah (Pembuka) wajib dibaca oleh semua umat Islam bila melaksanakan solat lima (5) waktu berjumlah tujuh belas (17) kali sehari (waktu Subuh x2, Zohor x4,  Asar x4, Maghrib x3 dan Isyak x4 ...).  Jika anda telah bersolat dengan cara bersungguh-sungguh selama ini tetapi tanpa memahami makna atau maksud al-Fatihah (apatah lagi tambahan dua surah pendek dalam setiap rakaat kedua yang pertama), melalui carta pengiraan mudah seperti Carta 1 di bawah,  anda sebenarnya telah bersolat tanpa memahami apa yang anda baca sebanyak…

Chart 1


Apabila kita kembali kepada Allah, bagaimana untuk menjawab kepada Pencipta kita ....? ….Saya tiada masa..? tiada guru untuk mengajar..? tiada wang…? tiada peluang atau lain-lain sebab kerana tidak memahami makna al-Fatihah  (apatah lagi keseluruhan surah-surah yang di baca dalam solat),  selepas kita membaca al-Fatihah sebanyak 310,250 kali selama 50 tahun. ..? Adakah alasan anda boleh diterima oleh Maha Pencipta kita ..? Fikirkanlah ..? 


Walaupun Penulis secara peribadi adalah dalam proses pembelajari bahasa Arab al-Qur'an, yang mendorong Penulis berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan diatas apa yang telah Penulis pelajari setakat ini (bukan untuk bermegah), adalah kerana ayat yang berikut:-

Al-Baqarah (2:254)


254. Wahai orang-orang Yang beriman! Belanjakanlah (sebarkanlah) sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang zalim.


Perkataan "belanjakanlah" juga diterjemah oleh ulamak bermaksud menyebarkan. Ayat ini menyuruh umat Islam berkongsi dan menyebarkan ayat-ayat  Allah kepada orang lain sebelum datang hari kiamat (...kita tidak tahu bila?), apabila tidak ada tawar-menawar (apa-apa untuk pertukaran) dan tidak ada rakan-rakan (... yang akan manfaat) dan tiada syafaat (..pertolongan)  dan orang-orang kafir, mereka adalah orang-orang yang zalim (zalim).

Di samping itu,






Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, "..Sampaikanlah bagi aku walaupun ia nya adalah satu ayat.." (Sahid Al-Bukhairi). Hadith ini menekan kepentingan memperolehi ilmu daripada al-Qur'an dan Hadith dan menyampaikannya kepada orang lain. Tidak kira sama ada seseorang itu mempunyai pengetahuan sedikit atau banyak, dia mesti menyampaikan kepada orang lain. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran, tiada justifikasi untuk tidak menyampaikan mesej Allah kepada mereka yang tidak mahir. Ini adalah kewajipan seorang Muslim keatas seorang Muslim yang lain.

Allah berfirman

Ali-Imran (3:110)


 

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Sebagai seorang Muslim, adalah kewajipan kita untuk menyebarkan agama Islam dalam mana-mana cara yang kita boleh atau mampu. Menyampaikan apa yang kita pelajari (atau melalui informasi yang kita terima) adalah salah satu cara untuk menyampaikan kepada orang lain. Begitu juga, saya menyeru agar semua Pembaca blog ini berkongsilah alamat blog ini (http://alqamar5417bm.blogspot.com) dengan rakan-rakan atau saudara mara anda (...tidak kira orang Islam atau bukan Islam). Kongsikan juga blog dalam bahasa Inggeris (http://alqamar5417.blogspot.com) kepada mereka yang tidak boleh faham bahasa Melayu.
 
Al-Ahzab (33:36)



36. dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.

Dalam surah al- Ahzab (33:36) di atas, adalah amat jelas bahawa apabila Allah dan RasulNya (SAW) telah membuat keputusan mengenai sesuatu perkara ... satu daripadanya adalah kita mesti memahami ayat-ayat al-Qur'an iaitu bahasa Arab al-Qur'an, kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk taat kepada Allah. Kita tidak boleh mendengar nasihat orang lain terutama sekali, nasihat yang berlawanan dengan perintah Allah. Jika kita tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya (SAW ), kita telah mengikuti jalan yang salah dan bukan itu sahaja, ia adalah kesilapan yang nyata bagi pihak kita.

Al-Qur'an telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril (Jibra'il ) daripada Allah secara berperingkat-peringkat. Adakah kita tahu urutan yang betul ia-itu di mana dulu dan dimana kemudian...?  Anda boleh membeli buku yang dijual di bawah topik "Asbabun Nuzul Al-Qur'an" yang menyediakan sebab-sebab, latar belakang, cerita, atau peristiwa-peristiwa di sebalik turunnya ayat al-Qur'an untuk mengelakkan kesilapan dalam memahami ayat-ayat Allah, tetapi cara yang paling berkesan untuk memahami urutan peristiwa-peristiwa atau hukum-hukum Allah, adalah melalui proses pembelajaran yang dikenali sebagai " Taddabur .. " (...proses membaca, mentafsir, mendengar, mengkaji semula dan melaksanakan undang-undang Allah atau mengamalkannya ...) sebagai yang dikehendaki oleh Allah bagi kehidupan seorang Muslim yang benar.


 Muhammad (47:24)










Sad (38:29)

  
Pembentangan artikel ini, yang cukup dengan dalil-dalil (atau ayat-ayat) al-Qur'an yang lengkap adalah berbentuk "taddabur" dan bagi artikel-artikel seterusnya dalam blog ini juga, Penulis akan menulis dalam bentuk " taddabur .. "

Untuk teruskan perbincangan kita prihal wajibnya seorang Muslim mempelajari bahasa Arab al-Qur'an, salah satu sebab lain mengapa seseorang perlu memahami al-Qur'an adalah terdapat beberapa kesilapan dalam terjemahan bahasa Melayu. Berkemungkinan besar, tidak dibuat secara sengaja tetapi mungkin sebab penggunaan perkataan yang salah dengan jurubahasa. Penulis teringat seorang kawan berkata, seorang Ustaz dalam kuliah subuh di Masjid berkata, " Jika al-Qur'an itu diterjemah dengan secara lafazhiyah ("word by word") mengikut terjemahan bahasa Arab-Melayu sebenar .."(direct translation)" boleh diterima tetapi jika terjemahan itu mengikut bentuk ulasan ("narration") atau mengikut kefahaman seorang penterjemah mengenai ayat berkaitan...maka telah gugurlah ayat itu. Perkataan "gugur ayat itu" bermaksud..tidak boleh diterima terjemahan nya sebab terjemahannya tidak mengikut kaedah terjemahan yang sebenar dan boleh memyebabkan kesilapan maksud. Wallahualam.

Mengenai kesilapan terjemahan, mari kita lihat beberapa contoh yang terdapat dalam terjemahan al-Qur'an dalam bahasa Melayu.

Contoh ke-1


Terjemah dalam bahasa Inggeris adalah betul tetapi terjemah dalam bahasa Melayu terdapat kesilapan.

Yusuf (12:23)




Ayat 12.23 yang bergaris merah diatas ia-itu " robbii ahsana "  telah diterjemahkan dengan betul dalam bahasa Inggeris sebagai " tuanku" (my Master) tetapi telah di diterjemahkan sebagai "..Tuhanku atau Tuhan ku " dalam bahasa Melayu.

Terdapat lagi satu ayat salah tafsir yang boleh dikira menyeleweng terhadap ayat Allah berkaitan infaq. Mari kita lihat ayat ini

Contoh ke-2


Al-Isra (17:29)



Terjemahan diatas adalah daripada aplikasi laman web Noble Quran (Muhsin Khan - yang kita pasti terjemahan ini dibuat dan disemak oleh orang Melayu). Sekarang kita tengok pula terjemahan daripada Qur'an AlHidayah (Al-Qur'an Tafsir Per Kata tajwid Kode Angka) diatas pernerbitankalim.

Terjemahan Nya:

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula) engkau terlalu mengulurkannya (sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal".

Apa yang anda faham berkaitan ayat 17:29...? Pada orang yang membaca terjemahanNya, ayat tersebut bermaksud, ...janganlah terlalu kedekut (..kita letak kedua tangan ditengkok, tidak mahu menghulur atau menginfaqkan harta benda kita) tetapi janganlah terlalu pemurah (..maksudnya, janganlah infaq berlebihan akan harta benda kita) sebab nanti kita akan merasa menyesal sebab tak ada harta yang tinggal??.

Sifat ini berlawanan dengan sifat Abu Bakar dan sahabat-sahabat Nabi yang berkorban harta benda untuk agama. Sila lihat Topik Infaq (...dalam bahasa Inggeris). Firman Allah dalam berikut:

Allah telah beri nikmat dalam dunia ini dan janganlah kamu terlalu sombong hingga tak mahu infaq?? Tak mahu amalkan hukum-hukum Allah..?


Al-Ahkaf (46:20)


 
Al-Baqarah (2:261)


Sekarang balik kepada terjemahan Nya yang sebenar..! Sekarang kita lihat terjemahan dalam bahasa Inggeris berkaitan ayat (17:29)


 Al-Isra (17:29)



Terjemahan yang sebenar ialah ..janganlah kamu membazir, boros ! Muhsin Khan terjemah cara betul (..spendthrift). Terjemahan ....jangan kamu bermurah hati...!? adalah tidak betul mengikut konteknya ("context"). Jika lagi banyak kita infaq, adalah sama seperti memberi pinjaman kepada Allah. Abu Bakar pernah infaq seluruh hartaNya, dan bila ditanya oleh Umar, apa yang kamu tinggal? Abu Bakar menjawab...hanya tinggal Allah dan Rasulnya.


Contoh ke-3


Bila kita baca terjemahan diatas, ayat itu dengan jelas mengatakan yang berdahwah itu adalah tugas satu puak (ummah) dan mengikut tafsirnya, boleh kita katakan yang tugas berdahwah itu adalah hanya bagi puak alim ulamak !  Terjemahan nya yang sebenar (...kesilapan perkataan "minkum" yang diterjemahkan sebagai "daripada kamu" atau "diantara kamu"..). Mengikut kontek nya ayat  "minkum" dimana ia ditujukan kepada orang-orang beriman (satu ummah), oleh itu hendaklah diterjemahkan kepada "...hendaklah kamu (dikalangan orang-orang beriman) menjadi satu ummah (puak/nation) yang mengajak (menyeru) kepada kebajikan (mengembangkan Islam..". Tugas untuk mengembangkan agama Islam adalah tugas bagi setiap orang Islam dan bukan satu kelompok yang tertentu seperti ahli agama sahaja. Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "...Sampaikanlah bagi aku walaupun ia nya adalah satu ayat..." (Sahid Al-Bukhairi). Hadith ini menekan kepentingan memperolehi ilmu daripada al-Quran dan hadith dan menyampaikannya kepada orang lain dan ini ditujukan kepada semua orang Islam.


In shaa Allah, dari masa ke semasa , Penulis akan mendedahkan beberapa terjemahan yang tidak tepat untuk menerangkan berapa mustahak nya kita memahami bahasa Arab al-Qur'an.

Apakah patut kita buat bila selepas disebut dalil-dalil diatas, tetapi masih lagi orang (terutama sekali orang Islam) berkata tiada dalil yang jelas mengatakan kita wajib memahami bahasa Arab al-Qur'an..?

Melalui pengalaman Penulis berbincang dengan rakan-rakan, walaupun banyak dalil-dalil yang kuat bagi membuktikan kewajipan kita memahami bahasa Arab al-Qur'an, sedihnya masih ramai yang tidak menerima ketetapan ini. Mereka berkata, "...bagaimana Penulis boleh mengatakan bahawa kita wajib memahami bahasa Arab al-Qur'an walhal tiada ayat dalam al -Qur'an yang jelas atau kursus mengatakan, "..Oh Orang-orang beriman (atau Islam) adalah wajib bagi kamu memahami bahasa Arab al-Qur'an...".  Mereka juga selanjutnya berkata, "..ulamak kita pun tidak menekan keperluan ini....!" Penulis tidak akan mengulas hujah mereka berkaitan pendapat ulamak (...ini telah dijelaskan secara ringkas melalui 5:41 ) tetapi mari kita lihat empat (4) lagi dalil-dalil untuk menyokong hujah Penulis:

Ah-Ahzab (33:21)





21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).


Pertama (ke-1), ayat di atas dengan jelas mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang baik untuk di ikuti bagi mereka (orang Islam) yang sentiasa berharap akan keredhaan Allah. Kita hendaklah banyak menyebut dan mengingati Allah. Nabi Muhammad SAW bercakap dan memahami bahasa Arab al-Qur'an, mengapa kita tidak mahu mengambil ini sebagai contoh..? 

Jika orang Arab sendiri perlu mempelajari bahasa Arab al-Qur'an sebab mereka hanya boleh memahami hanya diantara 10-20% maksud al-Qur'an tanpa belajar, mengapa kita (orang Melayu) boleh berkata, tak perlu faham bahasa Arab al-Qur'an. Bolehkah kita mendakwa bahawa kita mengambil Nabi Muhammad sebagai contoh seperti yang dikehendaki oleh Allah dalam Ayat 33:21 ...? Saya tidak boleh berkata apa-apa sekira mereka tetap dengan pendirian mereka dan berkata, ..."Allah hanya firman sebagai contoh yang baik, .....tak mesti kita ikut...!"

Kedua (ke-2), mari kita lihat ayat ini:


Fussilat (41:44)




 44. dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".


Pada asasnya ayat di atas adalah untuk menjawap orang-orang yang mengatakan, " ...Mengapa al-Qur'an tidak diturunkan dalam bahasa (umpamanya Melayu)...supaya ia akan lebih mudah untuk kita memahami dan kita tidak perlu untuk memperuntukkan atau menghabiskan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an ..! Jika ini menjadi hujah yang masih tidak boleh diterima, berkemungkinan orang-orang dari negara-negara lain juga akan mengatakan yang sama, mengapa al-Qur'an tidak diturunkan dalam bahasa mereka. Hujah ini tidak akan berhenti TETAPI Allah Maha Mengetahui ... Allah menjawab soalan ini dengan memberitahu orang-orang kafir, ada penyumbat pada telinga mereka dan merekalah sebenarnya buta (...isu ini akan dibincangkan secara terperinci di dalam Artikel Penulis yang lain nanti tetapi jika ada boleh membaca bahasa Inggeris sila klik artikel mereka buta dan tuli).


Ketiga (ke-3)


Muhammad (47:24)




Bagaimana untuk memahami sekira mereka tidak faham bahasa Arab al-Qur'an..? Allah bagi amaran kepada mereka yang sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Qur'an.


Ke empat (ke-4), mari kita lihat dalil yang kuat ini tentang mengapa kita wajib memahami bahasa Arab al-Qur'an.

An-Nisa (4:43)




43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan (dan fahami) dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


Kita perhatikan, ayat ke-4, di atas telah diterjemahkan, ".... hingga kamu sedar dan mengetahui (faham) akan apa yang kamu katakan...". Ramai sarjana Islam bersetuju bahawa jika kita menggunakan ayat ini dalam keadaan hari ini, apabila seorang itu membaca ayat daripada al-Qur'an dalam solat wajib 5 waktu sehari tanpa memahami apa yang kita baca  adalah seperti kita berada dalam keadaan mabuk .... ...! . 


Kesimpulannya, walaupun kamus terbaik di dunia menjelaskan perkataan "membaca" atau "baca" , adalah ".. membaca untuk memahami maksudnya.." TETAPI jika masih lagi ada orang yang berkata, " .. tidak wajib kita memahami bahasa Arab al-Qur'an (.. Penulis bersetuju bahawa Allah akan memberi RahmatNya kepada siapa yang dia kehendaki)...berkemungkinan besar, mereka yang tidak peduli dengan dalil-dalil yang telah dikemukan oleh Penulis diatas terjatuh dalam kumpulan orang-orang yang tidak perdulikan al-Qur'an seperti yang diterangkan dalam ayat berikut nya:

Al-Furqan (25:30)

 





30. dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan (hukum) Yang ditinggalkan, tidak dipakai".


Berdoalah kepada Allah agar kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang telah meninggalkan al -Qur'an dan berbahagialah sekira anda telah mula usaha anda untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an.

Akhir sekali , Penulis ingin menekankan bahawa Penulis bukan seorang sarjana Islam atau yang mempunyai kelulusan bidang Syariah, dan juga bukan seorang guru agama. Penulis juga tidak mendakwa diri nya sebagai seorang yang pakar dalam ilmu al-Qur'an. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dari pembelajaran Penulis dengan Pusat Kefahaman Semat Qur'an, melalui ceramah-ceramah agama di masjid, melalui syarahan umum mengenai Islam dan juga melalui penyelidikan peribadinya, untuk memenuhi tuntutan Allah melalui surah al-Baqarah 254 dan hadith tersebut dalam artikel ini. Atas sebab ini juga, Penulis telah berkongsi pengetahuan praktikal mengenai perbankan Islam melalui blognya www.islamicbankingway.com

Penulis berharap, semua pembaca dan pengikut setia blog ini (mereka yang telah mendaftar diri sebagai "Followers" ) sanggup berkongsi alamat ini blog dengan orang lain (terutamanya kepada saudara-mara sendiri dan rakan-rakan mereka) dan bersama-sama kita mendoakan dan memohon rahmat Allah bagi kebaikan kita didunia dan diakhirat.


Sekira ada apa-apa pertanyaan sila emel kepada Penulis di ismail@islamicbankingway.com dan sekira ada soalan-soalan yang tidak boleh dijawap oleh Penulis, soalan tersebut akan Penulis kemukakan kepada mereka yang 'arif dan berpengetahuan dalam bidang ini sebelum Penulis dapat memberi jawapan.

Untuk membantu mereka yang berminat dalam " Taddabur ", sila rujuk kepada Carta 1 di bawah supaya anda boleh menggunakan carta ini untuk membincangkan mengenai dalil-dalil yang terbabit:-

 Carta 1






Sebelum Penulis akhiri topik ini, sila perhatikan ayat-ayat ini:-


Al-Baqarah (2:174)





Al-Isra (17:36)



Untuk peringatan terakhir bagi artikel ini, Allah letak al-Qur'an mengatasi segala-galaNya. Belajarlah untuk diamal dan terapkanlah dalam kehidupan bukan hanya untuk pembersihan hati dan mental sahaja. Sama-samalah kita berusahalah untuk memahami bahasa Arab al-Qur'an agar mendapat keredhahan dan rahmat Allah:

Yusuf (12:2)


At-Tahrim (66:6)


Terapkan kepentingan al-Qur'an kepada kaum keluarga kita dan janganlah kita hanya fokus untuk membaiki diri kita sendiri sahaja (sebab kita dah pencen, dah berumur dan sebagainya....) dan tidak membabitkan ahli keluarga kita (...mungkin sebab mereka masih muda dan ada banyak masa lagi untuk mempelajari al-Qur'an).




Ali-'Imran (3:79)




Segala amalan kita hendaklah sentiasa dibuat dengan ikhlas, itulah amalan yang diterima Allah.

Al-Bayyina (98:5)





Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

NOTA


1.  Ayat-ayat Al Quran yang digunakan untuk blog ini dipetik daripada laman web http://quran.com , The Noble Quran dan http://www.searchtruth.com/ dengan terjemahan oleh Muhsin Khan, Yusuf Ali, dan lain-lain.

2.  Penulis juga akan memasuki artikel yang menarik/topik yang akan di ambil daripada blog atau laman web lain untuk tujuan perkongsian bersama. Anda juga boleh berkongsi artikel anda untuk disiarkan dalam blog ini dengan menghantar e-mel kepada ismail@islamicbankingway.com Walau bagaimanapun, keputusan untuk menerbitkan artikel tersebut adalah atas budi bicara Penulis.

3. 3. Penulis juga ingin orang-orang yang berpengetahuan mengenai al-Qur'an menasihati Penulis jika ada tulisan atau fahaman yang tidak mengikut dalil al-Qur'an sebenar atau jika ada pendatapat lain, untuk dikongsi bagi manfaat umat Islam seluruhnya.


7 comments:

  1. Alhamdulillah...terjumpa artikel ini terus dibaca..berimformasi & benar. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. ...الحمد لله شكرا يا اخي اسماعيل، وجزاك الله خيرا كثيرا
    Satu pandangan yg bernas dan berterus terang untuk memberi kesedaran kpd seluruh umat Islam, bahawa Al Quran adalah diturunkan untuk di baca dan difahami serta diamalkan segala suruhan dsn di jauhi segala larangan. Adalah mustahil untuk memahami Al Quran tanpa terlebih mempelajari dan menguasai bahasa Arab. Umat Islam di wajibkan berbahasa Arab dengan Allah didalam solat mereka, bermunajat dengan doa2 yang mahsyur dari Al Quran dan hadith Nabi dalam bahasa Arab malah melafazkan zikir2 yg banyak kepada Allah juga dalam bahasa Arab. Mudah2an saudara memperolohi ganjaran dari Allah atas usaha yg murni ini. Izibkan sy berkongsi artikel tuan ini dengan masyarakat Islam yg lain. Wasalam Hj Otsman

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Macam mana nak belajar bahasa arab quran..? Macam mana proses untuk belajar.. Boleh terangkan tak Tuan?

      Delete
    2. Salam, minta maaf sebab saya lewat menjawap. Sila email kepada saya melalui alqamar5417@gmail.com untuk mengetahui cara pembelajaran al quran secara online (percuma).

      Delete
  4. SALAM RASULULLAH- SAYA AMAT KAGUM DENGAN PARA DAI DAN UZTAZ YANG MENYEBARKAN ISLAM MELALUI KULIAH, MADRASAH.DAN FORUM BEBAS- TETAPI ORANG AWAM SEPERTI SAYA AMAT JAUH KETINGGALAN UNTUK MENYUMBANG. OLEH ITU SAYA CUBA MENUBUHKAN MUZIUM NABAWIAH YANG BOLEH MENGUMPUL PELBAGAI ILMU YANGBOLEH MEMULIAKAN KEAGONGAN ALLAH DAN MEMULIAKAN JASA NABI MUHAMMAD SAW KEPADA KITA SEBAGAI UMATNYA.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum wbth..sy ingin turut belajar boleh bagi di mana tempat tarih dan masa.. Terima kasih Tuan

    ReplyDelete